Ramai antara dari korang ada yang minat kasut adidas kan? Tapi tak tau pun asal usul jenama ni..
.
Brand ADIDAS ni sangat lama dan cara dia dapatkan brand ini sangat unik , sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini dimulai pada tahun 1920 oleh Adi (Adolf) Dassler di kawasan cuci milik Ibunya. Waktu itu Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan. Pada tahun 1924, Adi Dassler dan saudaranya Rudolf Dassler mendirikan “Dassler Brothers OGH” .
.
Komitmen Adi Dassler pada kualiti, membawa Dassler Brothers sebagai pengilang kasut berkualiti tinggi, sehingga sering dipakai oleh atlit-atlit legenda masa itu untuk Sukan Olimpik. Puncak kegemilangan kasut Dassler Brothers adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya pada Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan menggunakankasut buatan Dassler.
.
Sekarang dah faham kan macam mana boleh jadi nama ADIDAS , dan akhirnya setelah bertahun-tahun berjaya dan mengalami liku-liku perkembangan usaha, pada tahun 1996, ADIDAS mengalami modernisasi dengan menerapkan konsep ‘We knew then – we know now’ yang menggambarkan kejayaan masa lalu dan kejayaan hingga kini. Adapun logo baru yang digunakan secara visual berupa tiga angka condong yang membentuk tanjakan yang menggambarkan kekuatan, daya tahan serta masa depan. Sejak waktu itu logo ADIDAS tidak pernah mengalami perubahan, serta masih berjaya hingga sekarang.



