Kenapa susah sangat nak dapat idea ni? Haa mesti tak tahu tujuan nak buat website ni.
.
Tak susah pun dan tak perlu fikir panjang, anda hanya perlu fikir siapa target audience anda yang perlu lihat website anda dan terus order barang dari website sahaja.
.
Jangan terlalu banyak sangat benda nak letak dalam website tuh, hanya beberapa perkara penting yang akan buat audience terus faham apa yang anda sampaikan.
Contohnya kalau produk kecantikkan hanya untuk jerawat , anda cuma letak produk jerawat sahaja dan produk untuk putihkan kulit ke apa tak perlu.
.
Buatkan website anda seperti storytelling dari atas hingga bawah supaya ia lebih nampak menarik dan nampak seperti ada jalan ceritanya sendiri.
.
Letakkan form order di bahagian bawah selepas mereka sudah baca dari atas hingga bawah untuk mereka terus order jika berminat.
.
Haa dah baca kan? Jangan lupe share sekali ye...

